Ditubuhkan 23 Mac 2012 Pengasas En. Mohammad Johari Bin Mohd Faiz Lokasi No. 8, Lorong Perda Utama 2, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang 🎯 Pengenalan Syarikat HGV Print House ialah syarikat percetakan milik penuh Bumiputera yang beroperasi lebih 10 tahun dalam industri percetakan. Bermula dengan perkhidmatan fotokopi, HGV berkembang menjadi penyedia perkhidmatan percetakan komprehensif untuk pelanggan individu, SME, dan korporat.
HGV Print House memulakan operasi dengan menawarkanperkhidmatan fotokopi dan secara berperingkat telahmengembangkan skop perkhidmatan berdasarkanpermintaan yang menggalakkan daripada pelanggan. Kini,
HGV Print House menyediakan pelbagai perkhidmatanpercetakan yang komprehensif bagi memenuhi keperluanpelanggan dari pelbagai sektor.
Misi
Menjadi syarikat percetakan bertaraf antarabangsa. Menyediakan peluang pekerjaan dalam industri kreatif. Mengutamakan teknologi mesra alam demi kelestarian.
Visi
Menjadi kilang percetakan offset dan digital terbesar di Utara serta pusat sehenti (“one stop centre”) percetakan di Malaysia.
IKHLAS
I - Integriti
Bertindak dengan jujur dan telus dalam setiap urusan.
K – Kualiti
Mengutamakan hasil cetakan yang kemas dan berkualiti tinggi.
H – Hemat Masa & Cekap (merujuk kepada Pantas & Cekap)
Menyiapkan tempahan dengan segera dan menepati masa.
L – Layanan Mesra Pelanggan
Mendengar dan memenuhi keperluan pelanggan dengan mesra.
A – Adaptif & Inovatif (merujuk kepada Inovasi)
Sentiasa menambah baik servis dan produk mengikut keadaan semasa.
S – Semangat Berpasukan (merujuk kepada Kerjasama)
Menggalakkan semangat kerja berpasukan dalam mencapai kejayaan.